Al-Waaqiah (56) : 47
وَكَانُوا يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ
Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? |
Al-Waaqiah (56) : 48
أَوَآبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ
Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? |
Al-Waaqiah (56) : 49
قُلْ إِنَّ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, |
Al-Waaqiah (56) : 50
لَمَجْمُوعُونَ إِلَى مِيقَاتِ يَوْمٍ مَعْلُومٍ
Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum. |
Al-Waaqiah (56) : 51
ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا الضَّالُّونَ الْمُكَذِّبُونَ
Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), |
Al-Waaqiah (56) : 52
لَآكِلُونَ مِنْ شَجَرٍ مِنْ زَقُّومٍ
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, |
Al-Waaqiah (56) : 53
فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ
Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, |
Al-Waaqiah (56) : 54
فَشَارِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ الْحَمِيمِ
Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, |
Al-Waaqiah (56) : 55
فَشَارِبُونَ شُرْبَ الْهِيمِ
Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas. |
Al-Waaqiah (56) : 56
هَذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ الدِّينِ
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu. |
Page 19 of 26
