Qaaf (50) : 15
أَفَعَيِينَا بِالْخَلْقِ الْأَوَّلِ بَلْ هُمْ فِي لَبْسٍ مِنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ
(Setelah mereka melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu) maka adakah Kami telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat mengadakannya semula? Tidak! Dan merekapun tidak mengingkari kekuasaan Kami). Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang ciptaan makhluk-makhluk (hidup semula) dalam bentuk yang baharu. |
Adz-Dzaariyaat (51) : 8
إِنَّكُمْ لَفِي قَوْلٍ مُخْتَلِفٍ
Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w). |
Al-Waaqiah (56) : 47
وَكَانُوا يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَامًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ
Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? |
Al-Waaqiah (56) : 48
أَوَآبَاؤُنَا الْأَوَّلُونَ
Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? |
Al-Waaqiah (56) : 49
قُلْ إِنَّ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, |
Al-Waaqiah (56) : 50
لَمَجْمُوعُونَ إِلَى مِيقَاتِ يَوْمٍ مَعْلُومٍ
Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum. |
Al-Waaqiah (56) : 51
ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا الضَّالُّونَ الْمُكَذِّبُونَ
Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), |
Al-Waaqiah (56) : 52
لَآكِلُونَ مِنْ شَجَرٍ مِنْ زَقُّومٍ
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, |
Al-Waaqiah (56) : 53
فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ
Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, |
Al-Waaqiah (56) : 54
فَشَارِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ الْحَمِيمِ
Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, |
Page 12 of 17
