Al-Fajr (89) : 7
إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ
Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) |
Al-Fajr (89) : 8
الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ
Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? |
Al-Fajr (89) : 9
وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ
Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? |
Al-Fajr (89) : 10
وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ
Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? |
Al-Fajr (89) : 11
الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ
(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). |
Al-Fajr (89) : 12
فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ
Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. |
Al-Fajr (89) : 13
فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ
Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; |
Al-Fajr (89) : 14
إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat) |
Asy-Syams (91) : 1
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; |
Asy-Syams (91) : 2
وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا
Dan bulan apabila ia mengiringinya; |
Page 32 of 35
