Surah Al-Ma'idah:17
   
Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 Surah An-Nisaa’:99
   
Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

Senarai Tema Yang Merujuk Ayat Ini :

 Tema   Sub Tema 1   Sub Tema 2   dan seterusnya


Agama Islam   Tauhid  Tauhidullah  Sifat-sifat Allah  Sifat-sifat individualNya  Al Afwu (5 ayat)
Agama Islam   Muhammad Rasulullah S.A.W  Hijrahnya dan kedudukan orang muhajirin (28 ayat)  
Jihad   Hijrah  Hukumnya wajib (7 ayat)  
Sosial   Lelaki dan perempuan (140 ayat)  
Hukum   Hukum-hakam  Kemaafan  Pengecualian (5 ayat)  
Page 1 of 0
©2026 Quranology

Search