Asy-Syu’araa (26) : 117 (Blok: 117-118)
قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوْمِي كَذَّبُونِ
Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.
TAFSIR
Nabi Nuh a.s marah dan mengadu kepada Allah swt, Dia meminta agar Allah swt memberikan hukuman bagi kaumnya. Hal itu digambarkan dalam ayat (Dia (Nuh) berkata 'Ya Tuhanku, sungguh kaumku telah mendustakan aku maka berilah keputusan antara aku dengan mereka dan selamatkanlah aku dan mereka yang beriman bersamaku). Hal itu senada dengan firman Allah swt yang Iain sebagai berikut. (Maka dia (Nuh) mengadu kepada Tuhannya 'Sesungguhnya aku telah dikalahkan, maka tolonglah aku). (QS Al-Qamar, 54: 10) Kerana permohonan itulah Allah swt kemudian menghukum kaum Nabi Nuh a.s sebagai balasan atas pembangkangan dan penentangan terhadap dakwah yang dilakukan oleh Nabi Nuh a.s.
Rujukan: 1999: 783 (Tafsir Ibn Katsir)